Kelas Stem-Iot - Stem Games

30 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

Pada hari Isnin, 29 Julai 2024, NADI Bengoh telah mengadakan Kelas STEM-IOT iaitu Stem Games. Seramai 7 orang kanak-kanak tempatan yang berusia 9 dan 12 tahun telah menyertai program ini. Program ini berlangsung selama 1 jam iaitu bermula dari pukul 2:00 petang sehingga pukul 3:00 petang.

“Engineering.com” adalah laman sesawang permainan dalam talian yang menyediakan permainan berkonsepkan sains, astronomi dan kejuruteraan. Permainan yang peserta kita cuba kali ini adalah “Bridge Designer”, dimana peserta dikehendaki untuk mereka jambatan yang kukuh bagi avatar di dalam permainan tersebut lintas ke tebing yang lain.

Objektif kelas dan permainan ini dimainkan adalah untuk menguji kecerdasan dan kreativiti pemain dalam melepasi setiap peringkat di dalam permainan tersebut.

Turut dikongsikan adalah Klik Dengan Bijak, iaitu “Oversharing”. Dengan penggunaan media sosial yang semakin meluas dalam kalangan generasi sekarang, ramai yang masih gagal melindungi maklumat peribadi sendiri, sehingga membawa kepada siber buli dan penipuan di dalam talian. Dengan perkongsian daripada kami, kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali